Saturday, June 14, 2025

Burn Cafe

Pagi ni mama ada appointment dekat klinik gigi. Dah tua2 ni silap makan sikit jer terus sakit gigi. Gigi banyak dah goyang.

Lepas rawatan ternampak cafe ni sederet dengan klinik gigi. Si bongsu terus ngajak ngopi-ngopi. Padahal pagi tadi dah breakfast kat rumah.

Sejuk jer deco dalam kedai dipenuhi dengan pokok2 hidup.

Kenmain dia baca buku menu.

Kami bertiga je hari ni. Abang2 takmo ikut.

Senyum sambil menahan sakit gigi.

Ruang kedai luas, kemas, bersih dan selesa. 

Customer tak ramai lagi maybe sebab baru buka.

Budak happy dapat makan.

Our drinks. Sakit gigi pun mama minum ais jugak.

Teh o ais peach for me.

Honey lemon for papa.

Vanilla ice cream brownies for Hafiy.

Kata-kata hikmah.

Burger for Hafiy.

Mama n papa share mihun soto.

Burn Cafe
PT 3620, Tingkat Bawah Rumah Kedai
Jalan Alam Mutiara 1
1, Tok Molor
Kuala Terengganu

Buka: 11.00 am to 10.00 pm
Jumaat: 3.00 pm to 10.00 pm
Ahad: Tutup

Friday, June 13, 2025

A&W

 Setiap pagi jumaat, Hafiy ada kelas renang dekat Pusat Akuatik Terengganu Batu Burok. Mama masukkan dia dalam kelas renang sebab nak suruh aktif. Kalau tak sepanjang masa la mengadap handfon.


Kenmain seronok dia dapat belajar berenang. Budak2 kan biasala memang suka mandi kolam.

Sekarang ni hari jumaat adalah hari yang paling dia tunggu-tunggu.

Kelas renang sejam jer satu sesi. Dari 8 pagi hingga 9 pagi. Sorang trainer jaga dalam 4 ke 5 orang student je.

Lepas swimming terus kelaparan anak bujang. Kami ke A&W berdekatan jer dengan pusat akuatik.

Menggugat betul bau ayam ni tiap kali lalu depan A&W.

Kami first customer ari ni. Orang lain breakfast cari nasi dagang nasi minyak, kami cari A&W.

A&W Pantai Batu Buruk
Jalan Pantai Batu Buruk

Buka setiap hari: 10.00 am to 12.00 am

Saturday, June 7, 2025

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat hari raya aidiladha dari kami sekeluarga. Tahun ni kami tak buat korban seperti tahun-tahun sebelum ni.

Raya haji tahun ni tema ash blue.

Kami gi amik gambar raya kat studio siap2 sebelum raya haji.

Husband & wife

3 teruna kesayangan..Hazim Rayyan, Hadif Rayyan & Hafiy Rayhan.

Si sulung..Hazim Rayyan (1st twin).

2nd twin..Hadif Rayyan.

Si bongsu yang banyak akal..Hafiy Rayhan.

The twin...dah 16 tahun dah umur diorang tahun ni.

Saturday, January 18, 2025

Kedai Makan Jelira Ummi Di Pasar Payang

Mama sebenarnya suka sangat bila dapat pindah ke Terengganu. Sini suasana tenang jer..takde rushing2 nak mengadap jem setiap hari. Pastu Terengganu ni di kelilingi dengan laut. Memang suka sangat dengan pemandangan kat sini.

Tenang jer rasa bila pandang laut. Ni kat depan pasar payang.

Bila wiken gantung periuk..mula la cari tempat2 best untuk breakfast.

My anak bujang yang setia mengekor mommy dia ke mana saja.

Pasar payang baru..lebih selesa untuk shopping.

Kami datang bukan nak shopping tapi nak breakfast je. Kedai makan Jelira Ummi ni kedai yang selalu jugak la kami datang makan.

Pilihan menu pun boleh tahan. Bila nak lari dari menu tipikal negeri Terengganu macam nasi dagang, nasi minyak..boleh la datang sini.

Jeput malah orang kelantan panggil.

Mama makan soto..rindu zaman2 dok belajar kat UTM Skudai dulu. Boleh kata setiap minggu makan soto.

Papa pulak makan mee jawa.

Pilihan si bongsu Hafiy Rayhan mushroom soup dan garlic bread. Dia jer yang rajin mengikut mama keluar makan. Abang2 bila dah besar ni jarang dah nak ikut.

Penuh meja..ada jugak terselit kat situ maggi sup untuk Hafiy.

Lepas makan pusing2 sekejap dalam pasar payang. Hafiy ni pantang la nampak toys. Sempat la sambar keychain penyu sekor.

Friday, April 17, 2020

Covid-19 Dan MCO

Genap sebulan dah kita semua melalui perintah kawalan pergerakan. Mama dah sebulan jugak la kaki tak jejak tanah. Memang tak keluar rumah langsung. 

Lagi seminggu plak kita nak menyambut puasa. Tak dapat nak bayangkan macam mana kita berpuasa tahun ni. Tiada terawikh di masjid, tiada bazar ramadhan. Feel bulan ramadhan yang kita lalui setiap tahun betul2 berbeza pada tahun ni. 

Hati tetiba rasa sayu sangat bila mengenangkan kemungkinan besar kita semua tak boleh nalik kampung raya nanti. Rindu dekat mek kat kampung. Macam mana lah raya ni mek kat kampung berdua jer dengan psu mat.

Tahun 2020 ni... kalau tak dapat beraya sakan pun tak apa... ❤️

Tahun ni... kalau tak ada baju raya pun tak apa... ❤️

Tahun ni... kalau tak ada bazar ramadhan pun tak apa... ❤️

Asalkan satu dunia kembali pulih... ❤️❤️❤️

Asalkan kita dah boleh bebas berjalan ke sana sini... ❤️

Asalkan semua selamat dan sihat... ❤️❤️

Asalkan kita dah boleh kembali berkerja dan belajar dengan senang hati... ❤️❤️

Asalkan dapat berkumpul dan berjumpa dengan yang tersayang... ❤️❤️❤️❤️

Dah bersyukur sangat dah 🙏🏻❤️

Tenang, semua akan kembali pulih. Mungkin lambat sikit kan? Dah mula rindu semua aktiviti² luar, sama²lah kita berdoa semoga Covid-19 ni lenyap dari mukabumi ini selama²nya... Àamiin 🤲🏻❤️

Ya Allah  ampunkan dosa² kami Ya Allah. Angkatlah penyakit yg Kau turunkan ini dan temukanlah penawarnya Ya Allah. ❤️

Lindungilah hamba²Mu Ya Allah dari kesakitan yang menyesakkan ini. Ya Allah kami mengharapkan belas kasih sayangMu dan pengampunan Mu ❤️

Semoga Allah makbulkan doa² kita semuanya.. Aaamiin ❤️

Copy n paste di wall masing² supaya ramai lagi akan "Aamiin" kan 🤲

#stayathome
#staysafe
#hapuscovid19
#kitajagakita

Thursday, April 2, 2020

MCO Menu: Day 16

Bila dok rumah lama sangat, hari pun dah lupa. Ingatkan hari ni baru khamis, rupanya dah hari jumaat. Rasa lain macam sebab papa tak pergi solat jumaat. Cepatlah pupus covid19 supaya kita dapat menjalani hidup seperti biasa.

Setiap hari masak sampaikan rasa dah habis idea dah nak masak apa. Tekak teringin nak makan makanan raya. So malam tadi mama rebus nasi impit 30 paket kecik. Mama gandingkan dengan lauk daging dendeng feveret anak2.



Untuk mama plak mama buat sambal ikan kelapa. Kat kelantan kami makan nasi impit dengan sambal ni dan kuah kacang. 

Kelapa parut kena goreng sampai garing dan sedikit perang. Then tumbuk dengan ikan rebus, serai, bawang merah, gula dan garam. Mama malas nak tumbuk. Guna blender kering jer. 


Mama malas nak buat kuah kacang sebab nanti mama sorang jer makan. Kalau takde kuah kacang, makan dengan sambal pun dah cukup membuka selera.


Nasi impit banyak lagi, jadi untuk lunch mama masak kuah lontong dan sambal ikan bilis.


Selalunya mama akan masak lontong dengan sambal udang. Memandangkan kita dalam mco, susah nak keluar jadi mama buatkan sambal bilis jer. 


Minum petang mama masak puding karamel tanpa telur.

Bahan-bahan:
1 paket agar-agar serbuk
1 liter air
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
1. Campurkan susu cair, tepung kastard dan esen vanilla ke dalam periuk. Kacau hingga tidak berketul.

2. Masukkan pula agar2, air, susu pekat manis dan gula ke dalam periuk tadi. Masak di atas dapur.

3. Kacau sehingga bahan2 masak dan mendidih. Kemudian tuang ke dalam loyang yang sesuai. 

4. Sejukkan di dalam peti sejuk.

Menu malam kami burger daging. Siap double beef burger.