Sunday, September 16, 2018

Plaza Hatyai

Hari ni semua yang kami plan tak berapa menjadi. Gerak jer dari resort tadi hujan turun selebat lebatnya. Kami terpaksa cancel plan nak merayap kat kim yong market. 

Dari resort kami terus ke train station untuk simpan bag. Kat sini kami buang masa lama sangat. Lebih setengah jam menunggu orang yang jaga jaunter simpanan bag. Kemudian pak yakub hantar kami ke plaza hatyai. Dari sini kami berpisah dengan pak yakub.

Agenda pertama nak cari tempat breakfast. Perut dah berdondang sayang. Kami banyak buang masa mencari kedai makan kat area sini tapi tak jumpa yang meyakinkan hati. Kalau ikutkan kami nak breakfast dekat kim yong market je. Tapi dah hujan nak buat camna kan. Terpaksalah cari plan b.

Then kami tanya peniaga kat sini dan diberitahu bangunan bersebelahan plaza hatyai ada food court muslim. Bila sampai kat food court tu agak frust jugak la. Tangga nak naik ke tingkat 2 di mana letaknya food court kotor sangat. Penuh dengan sampah dan taik burung.

Kemudian food court pun so so saja. Ada dua tiga biji gerai je yang buka. Susunan kerusi meja pun asal ada je. Mama order nasi pakapau. Rasa? Boleh la setakat nak alas perut. Menyesal plak tak suruh pak yakub antar kami ke hamid restoran semalam.

Lepas makan kami ke plaza hatyai semula untuk last minute shopping. Mama nak cari bahan2 masakan especially susu picit, perencah kari hijau dan tomyam. Masa ni rasa menyesal gila tak beli awal2. Padahal kat setiap seven e yang kami pergi ada je jual susu picit tu. Tapi mengada ngada konon nak sopim kat kim yong market. 

Pusing punya pusing dalam plaza hatyai tu mama sampai kat area jual kacang2. Masa tu dengan hujan, dengan suasana panas, dengan crowded mama rasa pening dan nak termuntah. Dekat section kekacang tu dia ada bau semacam yang mama tak boleh tahan. End up mama cepat2 lari keluar tanpa sempat beli apa2.

Kemudian mama ke section jual kain baju. Just pusing2 cari tshirt untuk 3HR. Nak ke tempat lain takut buang masa. Nak tunggu tuk tuk dalam hujan agak leceh. Hujan dari pagi tak berhenti. So plan kami memang haywire.

So untuk kill the time, mama, ciklili n cikwani buat foot massage. Harga THB200 untuk satu jam. Murah gila. Diorang bukan setakat urut kaki. Habis diurutnya mama sampai ke kepala.

Mula2 dia urut tapak kaki mama sakit gila. Diorang urut pakai batu ke kayu apa ntah. Katanya ada urat simpul kat kaki mama. Sepanjang diurut tu memang mama sendawa jer. Banyak angin sangat kata kau.

Tapi memang best bila dia urut bahu, leher dan kepala. Rasa relax jer. Diorang ada gak offer untuk buat full body massage. Tapi kami kesuntukan masa sebab nak kejar train pukul 1.30 nanti. Pastu macam segan sebab tempat diorang mengurut ni kat open space. Berdepan pintu masuk ke plaza hatyai. Diorang just letak kerusi dan tirai kat situ jer.

Habis massage ngam2 pukul 12.30. Cepat2 kami redah hujan cari tuk tuk. Nasib baik tuk tuk banyak kat depan plaza ni. Kalau tak menangis kami kena tinggal dengan train. Actually boleh jer naik van ke padang besar. Tapi kami nak rasa pengalaman naik train klasik yang boleh buka tingkap. Alang2 kami ke hatyai haruslah cuba kan. Rugilah kami kalau tak menggunakan peluang yang ada.

Check Out PP Resort

Akhirnya tiba ke hari terakhir kami kat hatyai. Kalau ikutkan belum puas lagi makan2 kat hatyai. First time datang ni banyak jalan2 sebab nak kenal tempat orang. Next time ada rezeki datang hatyai lagi mama akan fokus aktiviti makan2 je.

Pagi2 kami terus check out. Kalau ikutkan pagi ni kami plan nak ke kim yong market. Mama nak beli susu yang pack dalam bekas plastik macam pencuci muka, perencah kari hijau thai, perencah tomyam. Banyak list mama tu. Semuanya untuk aktiviti masak2 memasak.

Mengabadikan kenangan di depan bilik kami, bilik no 112. Bilik kami yang paling hujung sekali. Ciknisa adalah roommate mama untuk 2 malam kat hatyai ni. Mama dah banyak kali travel dan dok sebilik ngan ciknisa. Harap2 ciknisa tabah mendengar dengkuran mama.

Bersihkan resort ni. Mama suka suasana dia. Tak sibuk. Bilik pun tak banyak. Masa kami stay ni cuma kami berenam dan satu family jer yang stay kat sini. Family tu dok kat rumah berdepan dengan bilik kami. 

Im flying without wings..teringat lagu westlife. Kat utm dulu memang dok tergila gilakan westlife. Masing2 muka ceria sebab dah nak balik malaysia kan. Tak sabar nak jumpa family tercinta. Especially mama la tak sabar2 nak jumpa anak2 dan suami terchenta.

The backpackers girls. Tak sangka dari cakap2 sekadar gurauan, akhirnya menjadi kenyataan trip hatyai kami. Ini adalah first trip kami ke luar negara bersama2. Selepas ni nampak gayanya boleh plan anothee trip dah. Biar berbaloi seharian menunggu untuk renew passport. Passport pun valid untuk 5 tahun. Setahun sekali trip ke luar negara pun dah kira ok. #kakiberangan

Kami terus check out dan tunggu pak yakub datang jemput kami untuk ke kim yong market. Hari ni pun kami masih setia menggunakan khidmat pak yakub. Hari ni pak yakub cuma charge kami THB30 per head.

Inilah dia pak yakub yang mama dok sebut2 tu. Baik orangnya. Cakap pun lemah lembut. Bila kami deal harga tambang takde pun dia nak marah2. Memang terbaiklah servis pak yakub. Yang penting kami puas hati.

Saturday, September 15, 2018

Food Paradise @ Asean Night Bazaar

Macam2 jenis makanan yang ada kat asian night market. Makanan yang mama tak pernah makan dan tengok pun ada. Kat bawah antara gambar makanan yang mama sempat snap. Silalah menjamu mata.












Asean Night Bazaar

Destinasi terakhir di hari kedua adalah asean night bazaar. Dari songkhla ke hatyai hujan turun agak lebat. Mula tu pak yakub pasang plastik nak cover tempias tapi kami kepanasan la pulak. Last2 kami buka jer plastik tu. Nasib baiklah hujan tak lama sangat.

Nasib baik pasar malam ni kat tempat yang berbumbung. Misi utama mama nak cari souvenier untuk kesayangan mama. Pastu nak cari udang gemuk2 yang viral tu.

Muka kenmain berminyak dah. Maklumlah seharian kami berjalan. Badan pun dah macam2 bau ada. Kepala pun dah berdenyut. Mama sensitif skit kalau kena air hujan. Mulalah rasa macam nak demam selsema je.

Laluan ke bazaar meriah dengan dekorasi  dan lampu warna warni. 

Masing2 dah kepenatan sebenarnya ni. Tapi gagahkan jugak sebab nak cari makan malam. Dah la mula2 kami tak jumpa gerai jual makanan. Rupanya bazar ni ada dua tingkat. Gerai jual makanan kat tingkat atas.

Bazar ni lebih kurang pasar kat rantau panjang. Ada jual kain baju dan barang2 souvenier. Mama sempatlah beli baju 1❤hatyai untuk buah hati mama kat puncak alam.

Bila dah dapat apa yang dicari, kami beralih ke tingkat atas pula. Kat atas ada gerai2 yang menjual makanan. Tapi bila naik atas masyaallah ramainya umat manusia. Jalan berlaga bahu. Nak membeli kena beratur panjang. Nak duduk makan langsung tak ada meja kosong.

Disebabkan kami dah exhausted sangat so we decide tapau jer makanan balik makan kat resort. Beli kenmain banyak tapi tak termakan. Mama beli nasi dengan kari hijau thai tapi tak makan pun. Balik bilik lepas makan pulut ayam terus tertidur kepenatan.

Mama beli buah anggur kecik2 makan dengan gula bercili. Pedas wei cili tu. Dia dah campur sekali dengan gula. End up mama makan anggur camtu je.

Pulut mangga dengan ayam bakar. Bila bungkus makan kat hotel kurang feel. Maybe sebab takde suasana hinggar binggar macam kat bazar. Lagipun makanan dah sejuk by the time kami nak makan.

Songkhla Mosque

Setelah separuh hari menghabiskan masa kat songkhla, tibalah masa untuk kami kembali ke pangkal jalan. Penat, letih, lapar, mengantuk, semua rasa ada. Kalau la dapat tilam waktu ni memang heaven.

Sebelum balik ke hatyai kami singgah solat kat sebuah masjid kecil di songkhla. Menurut pak yakub ini adalah sebuah perkampungan nelayan islam. Kebanyakkan penduduknya berasal dari malaysia, berhijrah dan terus menetap di sini.

Selepas solat kami ada bersembang dengan sorang penduduk. Pakcik tu asal dari kedah dan dah berbelas tahun bermastautin di songkhla. Pakcik tu kahwin dengan orang tempatan dan terus menetap dekat kampung ni.

Menurut pakcik tu kat masjid inilah yang orang2 malaysia datang menikah. Selalu kita dengar orang2 malaysia kahwin kat siam kan. Rupanya kat masjid inilah salah satu tempat depa datang menikah. Tapi sebelum menikahkan, imam masjid memang akan call pejabat agama kat malaysia untuk minta izin dulu. 

Masjid ni terletak betul2 kat tepi laut. Banyak bot2 nelayan parking kat tepi laut. Cuma mama rasa kat sini tak sesuai untuk mandi. Banyak batu2 yang diletakkan di tepi pantai untuk menghalang hakisan.

Mama sempat snap pak yakub tengah melayan perasaan. Mama ada jugak terfikir, seharian dia ikut kami demi mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga. Sedangkan tambang yang dia minta bukanlah banyak pun. Kalau mama convert ke duit kita baru RM30 sorang. Itulah harga yang dia amik untuk servis dari 9 pagi hingga 9 malam.

Bila nampak mama pak yakub terus offer diri untuk amik gambar mama pula. Dipanggilnya mama ni adik. Terus terasa muda remaja balik.

Custom Limit On Samila Beach

Berbaloi datang jauh2 ke samila beach. Sampai 3 entry mama tulis untuk kisah kat samila beach. Sebenarnya mama malas letak banyak gambar dalam satu2 entry. Nanti berjela2 panjangnya.

Kat samila beach ada satu kawasan berbatu hitam. Berdepan dengan BP Samila hotel & resort. Bangunan putih kat belakang mama tu la BP Samila hotel.

Kat atas batu tu ada satu mercu tanda bertulis custom limit. Mama tak pasti apa maksud. Mama agak mungkin kat sini adalah highest point kat samila beach. 

Ala macam orang panjat gunung bila sampai kat puncak ada sign yang menunjukkan diorang dah sampai ke puncak. Sama la kot dengan mercu tanda ni.

Walaupun nampak macam rendah je tapi boleh tahan jugak nak sampai kat atas. Lagi2 mama yang badan comei lote ni. Semput dek non nak naik atas.

Depa yang lain slim melim laju jer naik atas. Takpe mama ikut peribahasa biar lambat asal selamat. Ni tandanya mama nak kena diet 😭.

Berjaya jugak mama daki sampai mercu tanda. Bak kata nan sempit, di mana ada kemahuan di situ ada highway. Tapi kat atas ni takde highway dikkk.

Mama bangga dengan diri sendiri berjaya menyahut cabaran. Ikut hati tadi takmo naik atas. Tapi mama gagahkan jugak.

Kengkawan ni la yang banyak bagi kata2 semangat dan sama2 naik ke atas. Macam nak naik gunung kinabalu kekdahnya.

Dah sampai atas tak ada masalah tapi nak turun plak yang bermasalah ni. Risau wei takut tergolek. Dah la orang sekeliling ramai. Malu mak kalau jatuh guling2.