Wednesday, June 22, 2016

Popia Jejari Ketam Cheese

Gara2 terpengaruh dengan rakan sebaya, hari ni mama berjaya sediakan popia jejari ketam cheese. Kawan2 utm mama dok post gambar kat group wasap. Ish tak boleh tahan akhirnya mama buat jugak.

Nak buatnya senang sangat. Bahan yang kena ada kulit popia, jejari ketam, cheese dan telur untuk gamkan kulit popia selepas digulung. Mama guna parmesan cheese sebab tu jer yang ada kat umah. Tapi ok gak sebab nanti popia tu dah ada rasa masin dari parmesan cheese.

Dengan bantuan hadif, mama berjaya menggulung sebanyak 36 ketul popia. Separuh mama simpan. Frozenkan. Next time boleh terus goreng. Separuh lagi mama goreng untuk makan waktu buka nanti.

Popia ni kena goreng dekat2 waktu buka. Kalau goreng awal2 nanti sejuk liat nak makan. Time panas2 popia ni rangup. Rayyans suka betul dok ulang2 makan. Next time boleh buat lagi sebab senang. Plus anak2 pun suka makan sebab dalam popia takde sayur.

Tuesday, June 21, 2016

Iftar: Day 16

Untuk kesekian kalinya, mama balik lambat sebab jalan jem gila2. Nak kata ada eksiden, memang takde. Yang pasti kereta terlalu banyak atas jalan. Beratur nak masuk smart tag kat duta pun hampir sejam. Memang menguji kesabaran betul. Nasib baiklah bulan ramadhan.

Amik rayyans kat sekolah, then terus gi restoran ayam penyet ap kat tsb sungai buloh. Mama dah tak larat nak masak. Nak jalan beli kat param pun malas. Jadinya kita buka kat restoran jer la.

Ramai gak orang berbuka kat sini. Rata2 nampak macam baru balik kerja. Ada yang senasib dengan mama. Keluar opis awal pun still sampai lambat disebabkan jalan jem.

Milo ais untuk rayyans n epal pearl untuk mama. Air epal tu rasa lain macam. Tak habis pun mama minum.

Set ikan bawal penyet untuk mama dan papa. Suka ikan bawal dia sebab garing. Isi ikan plak masih fresh. 

Set ayam penyet untuk rayyans. Ayam dia pun lembut jer. Apa yang mama paling suka kat ayam penyet adalah sambal dia. Pedas tapi sedap.

Budak ni takmo duduk diam time mama nak buka puasa. Terpaksalah mama n papa gilir2 makan.

Monday, June 20, 2016

Iftar: Day 15

Sekejapan jer dah masuk pertengahan ramadhan. Sedih ada. Gembira ada. Gembira sebab tak lama lagi nak raya. Sedih sebab ramadhan akan berlalu. Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk berjumpa ramadhan di tahun hadapan pula.

Juadah hari ni takde pencuci mulut. Mama tak sempat nak buat. Pastu papa malas nak kuar gi pasar ramadhan. Tak kisah la takde kuih, lauk yang ada ni pun dah syukur sangat. 

Kelmarin daging kambing masak gulai kerutuk. Hari ni buat rendang plak. Papa ni kalau harap dia beli barang basah, memang tak miss beli daging kambing. Peberet dia katanya.

Udang galah masak sweet sour. Macam setiap hari jer makan udang ni. Jangan kolestrol tinggi sudah. Mama pernah kena bells palsy disebabkan kolestrol tinggi. Semoga dijauhkan segala penyakit.

Sayur sawi tumis sambal belacan adabi tu. Tumis bawang, masukkan sambal belacan adabi, garam pastu campak sayur. Goreng bg sayur layu sikit, tutup api.

Sunday, June 19, 2016

Iftar: Day 14

Selamat hari bapa buat papa kesayangan kami. Mama syukur sangat dikurniakan seorang suami yang memahami dan rajin tolong mama buat kerja rumah.

Walaupun papa jenis yang tegas dengan anak2, mama tau itu semua untuk kebaikan diorang. Semoga dengan ketegasan papa, anak2 dapat membesar menjadi seorang yang berguna.

Berbalik kepada cerita ramadhan. Hari ni kami berbuka di hotel premiere klang. Berbuka puasa sambil celebrate hari bapa.

Masa ni baru start amik makanan. Angah dan dayah belum sampai lagi. Meja masih ada ruang kosong. Once semua orang dah sampai, penuh food satu meja.

Tu dia penuh makanan atas meja. Maklumlah ada 12 tekak, 12 selera yang berlainan. Sorang amik serba sikit makanan bila dikumpulkan macam nak kenduri dah.

Antara yang menarik perhatian adalah sambal udang galah. Besar2 udangnya.

Yang ni plak kari kepala ikan salmon. First time makan kepala ikan salmon. Sedap jugak rasanya.

Menu feveret di bulan ramadhan. Boleh kata setiap hotel ada served kambing golek.

Sup rawan iaitu sup daging rusa. Makan cicah roti. Rupa sekali tengok macam stew.

Antara menu yang disajikan. Yang ni bahagian salad dan raw material. Geram tengok udang tu. Kopek kulit, perah lemon makan cicah sos thousand island.

Isi ikan salmon. Mama tak pandai sangat nak makan food yang nampak macam tak masak ni. Sesapa yang suka jappanese food mesti suka makan.

Laksa belut. Banyak gak menu eksotik kat sini. Tapi mama tak try pun sebab tak biasa makan belut. Takut tak boleh nak telan.

Cucu sulung papa, wahab namanya. Umur baru masuk 4 bulan. Wahab ni anak angah. Kenmain gebu badan wahab. Boleh lawan ngan uncle hafiy.

Alhamdulillah rezeki berbuka kat hotel hari ni. Makanan pun semuanya sedap2. Yang penting dapat berkumpul satu keluarga. To papa, happy fathers day. Teruskan menjadi papa yang hebat buat kami.

Saturday, June 18, 2016

Iftar: Day 13

Mama suka sangat bulan puasa. Feel dia lain macam sikit. Suasana macam tenang jer. Hati cepat rasa sayu. Cepat jer kita dah nak jejak separuh ramadhan. Semoga amal ibadat mama diterima oleh Allah.

Berbalik kepada juadah berbuka, hari ni lauk semua home made ya. Menu hari ni gulai kerutuk daging kambing, cencaru sumbat bakar, pekasam daging dan kwayteow goreng.

Ikan cencaru sumbat bakar. Hari ni masak untuk clearkan peti sejuk. Wiken ni nak keluar top up stock baru. Sebelum stock baru masuk, stock lama kena perabiskan dulu.

Gulai kerutuk daging kambing. Lauk ni rayyans suka. Bukan suka makan daging kambing tapi makan kuah jer. Diorang cakap macam makan nasi dagang.

Pekasam daging ni memang pembuka selera. Mama suka rasanya sebab takde rasa daging busuk ke apa. Goreng daging garing2, pastu tabur bawang n cili goreng then perah asam limau. Masa tengah taip ni pun berair rasa mulut mama.

Mama nampak iklan pekasam daging kat grup puncak alam. Terus la mama order. Rupanya orang tu kat baling kedah. Tapi tercapai jugak hasrat sebab ada agen kat selayang. Agen tu la datang hantar pekasam untuk mama. Harga satu bekas rm15.

Kwayteow goreng kerang sebab nak menghabiskan balance kwayteow semalam. Makan berdua jer tak habis satu paket kwayteow. Rayyans tak makan kwayteow. Kalau mee atau mihun baru laju diorang makan.

Tepung pelita, roti jala dan vadey made in pasar ramadhan. Bubur jagung je yang mama masak. Vadey dan roti jala tu terbeli gara2 tengok kawan mama upload gambar kat ig. Terus rasa teliur. Terus terbeli.

Friday, June 17, 2016

Iftar: Day 12

Buka tadi dalam sejarah la tak hadap nasi. Kami buka dengan kwayteow kungfu. Harap2 bertahan la sampai ke sahur. Kalau tak ada yang buka periuk nasi sebelum tido ni kang. 

Bila masak sendiri bolehla suka2 hati letak telur banyak mana kat kwayteow tu. Pastu mama suka kalau digoreng garing. Kuah kena hidang asing takut kembang semangkuk sementara nak tunggu azan maghrib.

Tetiba mama teringin nak makan roti john. Papa dengan rela hati gi param. Masalahnya bila gi param bukan roti john jer yang dia beli. Macam2 kuih dia bawak balik. Mujurla rayyans ada tolong perabihkan.

Thursday, June 16, 2016

Iftar: Day 11

Menu iftar hari ke 11 semuanya menu tunjuk. Kebetulan mama ke klang ada inspection. Balik tu singgah shah alam. Memang tujuan nak ke restoran sri ttdi yang terletak kat ttdi jaya.

Restoran ni adalah restoran kegemaran mama masa mama kerja kat shah alam dulu. Restoran ni tempat breakfast n dinner mama n papa. Owner restoran ni orang kelantan. So menu2 dia banyak la makanan tradisional kelantan.

Lauk yang mama paling suka adalah ayam percik. Rasa dia memang cukup lengkap. Sampai dua ketul papa beli. Dah kata feveret binik haruslah lakik beli lebih. Dah plan untuk buat lauk sahur skali.

Ha yang ni pun feveret jugak. Sambal udang petai. Tak kisahlah mulut berbau pun bulan2 puasa ni. Puas hati dapat makan udang segar2.

Papa plak amik lauk ikan keli sambal untuk dia. Amik sekor jer sebab mama tak makan ikan keli. Kononnya nak belli gulai kawah, tapi orang beratur panjang kat tepi kawah. Terus papa batal niat.

Kuih muih pun semua kuih muih kelantan. Mama jadi gelap mata tengok kuih2 kegemaran mama dari kecik lagi. Terus rasa macam nak beli semua. Tapi bila memikirkan takde orang nak makan, mama beli 6 jenis jer. Lompat tikam, sira pisang, pulut dakap, puding karamel, pulut sekaya dan pulut mangga.

Wednesday, June 15, 2016

Iftar: Day 10

Sudah hari ke sepuluh kita berpuasa. Hari ni mama sempat masak. Sebab hari ni mama dok kat site jer. Jadi balik jalan tak jem sebab tak masuk kl. 

Menu yang sempat dimasak adalah sup tulang, daging goreng kunyit dan ikan goreng kicap. Plan nak buat buah melaka tapi tak sempat nak menggentel. Jadinya takdela pencuci mulut malam ni.

Sup tulang ni papa yang request suh mama masak. Pap beli tulang gearbox kambing biri2. Tapi takde bau kambing langsung.

Daging goreng kunyit old time feveret mama. Just rebus dengan air, garam dan kunyit. Bila air dah kering masukkan minyak, bawang, cili padi dan lobak merah. Goreng sampai garing. Memang sesuai diduetkan dengan sup tulang.

Ikan goreng kicap plak untuk rayyans. Diorang ni kalau ada lauk kicap memang laju la makan. Lauk ni merangkap lauk lunch diorang esok. Rayyans cuma puasa sekerat hari. Kat sekolah tak makan sebab kantin tutup. Balik rumah tengahari menggelupur buka periuk nasi.

Tuesday, June 14, 2016

Iftar: Day 9

Hari ni merasalah berbuka dalam kereta. Tadi mama keluar ofis lambat sebab nak menyetelkan kerja2 yang urgent. Pukul 6.30 baru keluar. Sampai kat rnr sg buloh, azan maghrib. So benti jap kat rnr untuk buka puasa. Just minum air buat syarat jer. 

Tapi tak sangka ramai sebenarnya berbuka kat tepi jalan. Ada beberapa motor benti kat tepi jalan dan minum air n hisap rokok. Betapa pengorbanan seseorang dalam melunaskan tanggungjawab sebagai seorang pekerja. Sanggup balik lambat walaupun di bulan ramadhan. 

Jadi menu mama hari ni adalah menu tapau kat kedai. Sebelum sampai umah singgah kedai siap2 tapau lauk. Mama beli daging masak merah dan tomyam campur.

Sampai rumah, mandi solat segala, pukul 9 baru jumpa nasi. Gigil dah lutut menahan lapar. Kalau kata si lakik yang menghidang, sebesar2 bekas letak tomyam. Padahal ni tupperware freezermate khas untuk letak dalam peti sejuk. Boleh plak dia gi letak tomyam dalam tupperware mama.

Monday, June 13, 2016

Iftar: Day 8

Dah masuk minggu kedua bulan ramadhan. Kejap jer kan dah seminggu rupanya kita puasa. Tau2 nanti dah nak raya.

Hari ni sempat masak dua lauk jer. Balik tadi rushing singgah tesco beli beras. Boleh tak perasan beras dah habis. Padahal minggu ni asyik ulang alik giant, tesco, econsave jer.


Ayam sambal bali. Dah lama simpan resepi ni. Tapi takde kesempatan nak masak. Hari ni mai la kita cuba. Not bad lah rasa. Rayyans suka.

Pastu buatkan sup sayur tofu jepun. Yang ni plak papa suka. Siap ratah macam tu jer. Sup sayur ni mama masak banyak. Bolehla panaskan untuk sahur nanti.

Masa gi tesco tadi singgah kings. Mama beli tart telur untuk pencuci mulut. Sampai rumah dah lambat. Tak sempat nak masak pencuci mulut bagai.