Sunday, June 21, 2015

Salam Ramadhan

Alhamdulillah masuk hari ke4 puasa. Setakat ni berjaya puasa penuh lagi. Dah beberapa tahun since melahirkan kembar mama puasa penuh sebab tak peot. Tapi after bersalinkan hafiy, dah back to normal. Nampak gaya tahun ni memang ada yang kena ganti puasa.

1st day puasa masak simple2 ja. Kari ayam, ayam goreng kunyit n kailan goreng. Pastu buat roti sosej atas permintaan budak tak puasa tapi gaya mengalahkan orang puasa. 

2nd day ajak cikla berbuka kat umah kami. Mujurla ada adik beradik yang dok dekat. Dapatla melepaskan kerinduan dekat mak ayah kat kampung.

Menu hari ni semuanya made in pasar ramadhan. Kalau dah pergi pasar memang macam2 la yang dibeli. Nafsu2.

Hari ketiga masak sendiri. Masak ikan bawal emas 3  rasa n daging goreng kunyit. Masak macam ni pun makan bertambah2. Kadang yang simple tu lagi elok. Perut tak terkejut terima macam2 makanan.

Daging goreng kunyit ni feveret si kembar. Diorang jenis makan nasi berlauk kering. Masa orang nak buka dia pun sibuk nak makan gak, tapi nak tunggu azan dulu. Walhal dah sehari suntuk kejanya melantak jer.

Desert durian crepe mama order dari orang puncak alam. Harga dc ni rm 11 untuk 6 ketul. Menu untuk hari ni plak masih samar2 lagi. Macam nak buat percik, tapi macam nak masak padprik gak..

Friday, June 5, 2015

BimZee

Last month memang bizi gila tak terkata. Bizi dengan persiapan kenduri akikah hafiy dan kenduri kahwin tilah. Ditambah dengan kerja kat opis dan site yang berlambak2. Rasa macam tak cukup masa.

Akhirnya selesai sudah kedua2 kenduri. Mama bolehla tarik nafas lega. Walaupun ada kekurangan serba sedikit. Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan lancar.

Sekarang mama kat kampung plak, balik hantar nenek. Barulah berkesempatan nak cuti. Dapatlah relax2 kan badan dan minda sepanjang kat kampung. Next week kembali sibuk dengan urusan harian.

Saturday, May 16, 2015

Happy Teacher's Day

Selamat hari guru buat semua cikgu2 yang pernah mendidik mama. Guru pertama yang mengajar mama adalah bonda dan ayahanda tercinta. 

Kemudian pendidikan formal bermula di sek. keb. Gong Manak (darjah 1-6), sek menengah cherang ruku (ting. 1-3), mrsm kuala terengganu (ting. 4-5), utm skudai (degree) dan uitm shah alam (master degree).

Bila anak dah sekolah, anak2 plak yang eksited nak celebrate hari guru. Pagi ni rayyans ajak mama buat kad hari guru untuk teachers kat tadika. Berbekalkan bahan2 yang sediada kat rumah, terhasil la kad simple ni untuk teacher diorang. 

Tetiba malam ni dapat wasap dari prinsipal isnin depan ada teachers day celebration. Siap ada dress code. Macam nak raya plak kena pakai baju melayu. Sedang eloklah rayyans dah siapkan kad. Plan esok nak cari sedikit cenderahati untuk teachers.

Friday, May 15, 2015

CA Meeting

Pagi tadi ada staff meeting, monthly meeting. Mama bukan nak cita pasal agenda meeting, tapi nak cita pasal makan.

Meeting hari ni merangkap farewell party untuk hafiz. Baru jer 6 bulan dia kerja sini dah benti dah. Hafiz dapat offer lagi best dari company oil n gas. Haruslah say bye bye kat sini.

Pastu ada celebration untuk staf yang lahir bulan lima. Ramai tu baby may. Bak kata salah sorang collegue mama tadi, aunty n uncle may. Mama la salah sorangnya. 


So tadi ada upacara cake cutting. Kek tiramisu from secret recipe.

Bukan setakat potong kek jer, mama siap dapat small gift on my birthday. Nak tau apa yang mama dapat?

Lollipop uols. Jadilah kan ada yang ingat kat birthday kita. Terima kasih kepada semua opismate yang meraikan birthday mama.

Thursday, May 14, 2015

Riza Rich

Hangat betul kan cuaca sekarang ni. Walaupun sesekali hujan turun, masih tak mampu nak menyejukkan bumi puncak alam ni. Tidur dalam aircond pun macam tak sejuk sangat. 

Lagi2 mama yang kerja direct kena matahari. Setiap hari keluar ke site buat inspection. Panas tu toksah cakapla. Muka dah burn balik. Pantang 2 bulan, muka baru jer nak ok. Ni dok berjemur tengah panas, muka sunburn balik.

Bila cuaca panas ni hausnya lahai tuhan jer yang tau. Hajat hati nak maintain tak nak minum ais tapi kelaut jugak. Tak tahan rasanya bila panas2 ni tak telan ais. After inspection, singgah riza rich pekena ais laici dulu. Nyamannya tekak dan perutku.

Kalau dah singgah, takkan nak minum saja. Haruslah makan tosai barang sekeping dua. Hahaha.. dasar pengmakan sangat. Eh... tosai dikira health food kan? Nak jugak la sedapkan ati. Pastu malam melantak nasi jugak.

Monday, May 11, 2015

Its Our Birthday

Alhamdulillah syukur ya Allah dipanjangkan umur setahun lagi. Tahun ketujuh kami sambut birthday bersama sebagai suami isteri. Perancangan terbaik dari Allah, mempertemukan kami yang berkongsi tarikh lahir yang sama.

Hajat hati nak cuti hari ni tapi tak kesampaian sebab kena attend meeting. So pepagi birthday hubby keluar hantar birthday wifey ke klang. Plan nak celebrate birthday dengan anak2 kita postpone ke malam nanti.

Tengahari si suami datang jemput isteri bersama dengan jambangan ros ini. Terkedu dan terharu isteri rasa. Terima kasih encik suami sebab dah menggembirakan hati isteri.

Tiada apa yang dipinta, cuma mengharapkan diberikan kesihatan yang baik, jodoh yang berpanjangan, rezeki yang mencukupi, keluarga yang bahagia dan anak2 yang soleh. Semoga kami sentiasa di bawah rahmat Allah.

Thursday, May 7, 2015

How Old Do I Look

Terjebak gak main bendalah ni. Saja suka2, ngetest tengok awek mudo ko awok tuo. Mama cuba test 5 gambar. Macam2 umur mama yang diteka. 


Paling win tu la, umur dah 50. Dah veteran dah ahkak. Yang umur 37 dan 32 tu oklah range umur sekarang, 3 series. Paling tak menahan yang umur 19 tahun. Aduh.. perasan muda habis dah ni. 

Wah kellas umur muda belia lagi. Letak gambar 360 memang la dapat umur jauh lagi muda dari umur sebenar. Cuba letak gambar yang nampak kedut2 kat muka. Confirm umur yang diteka lagi tua dari umur sebenar.

Second trial, papa dah 50 series. Yang penting I tetap maintain 20 series. Haish.. ralit betul main bendalah ni. 

Wednesday, May 6, 2015

Aida Seafood

Semalam balik dari ofis terus singgah untuk dinner. Kedai ni adalah kedai siam kegemaran kami kalau kat puncak alam. Letaknya kat tepi jalan sg buloh - kuala selangor. Opposite bandar seri coalfield, sebelah masjid dan gerai buah.

Risau gak nak makan kat luar takut hafiy meragam. Tapi redha jer la sebab rayyans nak merengek lapar. Kalau balik rumah nak masak segala, entah pukul berapa baru boleh makan.

Tapi surprised jugak hafiy ok jer sepanjang kami makan. Siap dia boleh berak lagi kat situ. Nampak dia excited bila kat luar. Mata melilau pandang kereta lalu lalang. Good boy. Senang mama nak bawak makan kat luar nanti.

Lama betul tak makan masakan thai ni. Menu kami ikan kembung 3 rasa, ayam goreng kunyit, sup ekor, kailan ikan masin, telur dadar dan daging masak merah. Kenmain banyak menunya nak melantak.

Rayyans makan bertambah. Tak cukup sepinggan nasi. Memang betul2 lapar agaknya. Kami dok kat pangkin ni senang nak bersila riba hafiy. Sebelum mama bersalin, area ni masih dalam pembinaan.

Tuesday, May 5, 2015

Sports Day

Hari ahad ni sekolah rayyans akan mengadakan hari sukan. Pihak sekolah pun dah hantar acknowledgement untuk parents. Then the next day nya, sekolah diisytiharkan cuti. 

Terpaksa la mama apply cuti hari isnin tu. Kebetulan that day adalah birthday mama n papa. Memang elok sangatlah kalau mama amik cuti. Boleh celebrate birthday dengan anak2.

Hazim rumah purple manakala hadif rumah hijau. Diorang dapat tshirt baru sempena sports day. Sepanjang minggu ni rayyans akan berlatih acara sukan. 

Mama tak pasti diorang masuk acara apa. Bila mama suruh diorang tunjuk apa yang diorang berlatih kat sekolah, diorang gi menari chicken dance.

Monday, May 4, 2015

Homeworks

Cuti bersambung 4 hari ni kami tak ke mana2 pun. Just melepek jer kat rumah. Malas nas mengadap jem sejak ada anak kecik ni. Tak larat nak melayan baby meragam dalam kereta.

Si kembar plak banyak homeworks yang cikgu bekalkan sepanjang cuti ni. Tugas mengajar rayyans, kakak tilah dah ambil alih. Mama cuma concentrate kat hafiy. Tu jari semua terangkat sebab tengah mengira, menyiapkan homework matematik.

Lagipun cikla ada kat rumah kami start hari rabu before cuti lagi. P.cik nasir outstation ke terengganu. Cikla takut nak dok rumah diorang, jadi datang stay kat umah kami. Sukalah hadif, hazim dan arissa ada geng.

Bila dah penat belajar, layan tv tengok kartun. Remote tv tu asyik kat tangan diorang jer. Tak dapat mama tengok cita mama jugak. Yang si hadif tu pantang nampak safety helmet mama. Asyik terletak kat kepala dia jer.

Hadif cakap dia nak kerja site macam mama. Nak sebut engineer tak pandai. Insyaallah, cita2 dah ada. Cuma kena belajar rajin2, berusaha sampai tercapai cita2 tu. Mama doakan anak2 mama semua menjadi orang yang berjaya.