Saturday, December 27, 2014

Impian Morib Hotel

Esok mama ada sesi fotografi dengan Camora Arts. Fotografi tu akan diadakan di pantai kelanang, morib. Alang-alang dah nak ke sana, mama booked la hotel. Sambil menyelam, dapat minum air. Sambil berfotografi dapatlah mama berehat luangkan masa berkualiti dengan suami dan anak-anak.

Mulanya mama nak stay dekat gold coast morib, dapatlah anak-anak main kat theme park. Tapi sebab last minute booking, bilik kosong nan hado la. Yang ada cuma apartment yang berharga RM800++. Huhuhu..idokla teman nak duduk situ. Kalau FOC lain cita.

Mama google la nearby hotel, terkeluarlah impian morib hotel ni. Baca few reviews kat blog, macam ok jer. So mama called dan nasib baik ada bilik kosong. Tanpa fikir panjang, mama terus buat booking.

Kalau ikutkan waktu untuk check in pukul 3 petang. Tapi kami dah sampai awal, pukul 2 dah sampai sana. Saja la try nasib kot-kot dapat check in awal. Alhamdulillah, rezeki ibu mengandung. Ada bilik yang kosong dan kami dapat check in.

Kat sini ada dua jenis bilik samada bilik hotel atau chalet. Bilik hotel ada yang deluxe or superior. Kalau chalet plak samada garden view atau sea view.

Mama pilih chalet sea view. Rate satu malam RM280. Time peak season camnilah...ada surcharge time cuti sekolah.

Bilik agak luas jugak. Semua basic keperluan tu ada. Seterika kena amik kat receptionist. Siaran astro ada, tapi kualiti gambar out.

Toilet luas dan bersih. Hot shower pun ada.

Ikut kata receptionist masa mama buat booking, setiap bilik kat sini ada satu katil queen dan satu katil single. Memang sesuai la untuk family kecik kami ni.

Pastu ada set kerusi jati dan sofa untuk bersantai-santai sambil menikmati pemandangan air laut.

Papa take 5 dulu sambil makan pisang goreng. Sekejap lagi papa nak keluar tapau lunch. Apa yang mama nampak masa perjalanan datang tadi, kat sini tak banyak kedai makan.

Memang confirm sini susah nak cari kedai makan. Papa cakap ada satu jer kedai yang dia jumpa. Tu pun orang beratur tunggu makanan ramai gila. Papa tunggu sejam lebih baru dapat makanan.

Papa beli nasi goreng seafood, udang celup tepung dan sotong celup tepung. Celup tepung tu oklah rasa dia cuma nasi goreng tu terlebih masin.

Dah penat-penat papa beratur beli food, si kembar ni langsung tak nak makan nasi. Diorang minta maggi. Diorang ni camnilah, kalau gi hotel diorang sukaaaaa sangat makan maggi.

Pastu digandingkan dengan air milo 3 in 1 yang mama bawa dari rumah. Berselera diorang makan kat beranda sambil jamu mata tengok pemandangan laut.

Thursday, December 25, 2014

Merry Christmas

Company kakak tilah kerja adalah satu management dengan delifrance. Once a while, diorang akan buat sales untuk staf2. Harga of course la lebih murah dari pasaran.

Macam2 produk delifrance. Mama paling suka pastry2. Selain rasa sedap, bentuk pun comel2. Kali ni takde plak sales untuk pastry. Kalau kek ni cepat muak. Tak boleh makan beria sangat.

Sempena krismas ada sales untuk kek. So kakak tilah belikan rayyans kek red velvet dan choc brownies. Dekorasi kek pun bersesuaian la dengan krismas. Siap ada pokok krismas.

Budak berdua ni bukan tau pun krismas tu apa. Patung snowman tu diorang panggil olaf. Pengaruh frozen betul.

Bila dapat kek cantik mulalah request nak tiup lillin. Pastu suh nyanyi lagu happy birthday. Dalam setahun entah berapa kali birthday diorang.

Monday, December 22, 2014

Rayyans At Home

Macam2 aktiviti rayyans bila kat rumah. Barang permainan makin hari makin bertambah. Setiap kali ke kedai ada jer yang diorang nak beli.

Cita2 nak jadi chef terkenal. Main masak2...boleh jadi junior masterchef. Dah siap masak pizza.

Hadif jadi food tester. Tengok badanlah mama.

Agak2 boleh tubuhkan band boy tak?

Sorang ganti shah slam.

Sorang ganti man kidal.

Hazim suka mewarna. Kerjaya pelukis boleh dimasukkan dalam senarai cita2 gak ni.

Walau apa pun cita2 yang diidamkan, paling penting adalah ilmu pengetahuan.

Saturday, December 20, 2014

Pak Hailam Kopitiam

Rutin harian kami, balik dari ofis terus siap kuar dinner. Kalau kakak tilah sampai awal dia join skali. Kalau tak kami berempat jer la.

Tengah mama sibuk2 bersiap, hazim gi kebas tudung mama. Siap sarung kat kepala dia pastu suh mama amik gambar.

Kacau betul diorang ni. Dari mama nak cepat2 siap terus jadi lambat. 

Hari ni kami dinner kat pak hailam kopitiam dalam tesco tu jer. Mama malas nak gi jauh2.

Papa tengah kusyuk memilih makanan.

Kalau dine in kat kopitiam tak sah kalau tak minum pak hailam special coffee ni. Dari dulu mama cari cawan camni tapi sampai sekarang tak jumpa2.

Rayyan plak tak sah kalau tak minta air bandung. Makanlah kat mana pun, air yang diminta asyik2 bandung.

Nasi ayam untuk mama. Last2 hazim yang makan.

Soft boiled egg on toast untuk papa. Tu jari tengah check soft ke tidok telur tu.

Mihun goreng ni hazim yang minta. Tapi mama yang kena makan sebab dia dah rembat nasi ayam mama.

Hadif plak kusyuk mengadap nasi goreng.

Banjir Oo Banjir

Kampung kita naik airrr owwhhh.. negeri kelantan tengah dilanda banjir sekarang ni. Kampung mama tidak terkecuali. Cumanya banjir takdelah seteruk kat rantau panjang sana.

Jalan masuk ke kampung telah ditutup untuk kenderaan ringan. Kiranya kampung mama jadi macam pulau. Cuma jalan masuk jer tenggelam tapi rumah penduduk semua selamat setakat ni.

Dah lama mama tak merasa main air banjir. Mama cuma dapat tengok gambar yang paksu mat wasap jer. Kalau dulu masa kecik2 musim banjir ni memang ditunggu2 la...

Kebiasaanya musim ni memang macam pesta la. Amik peluang basuh motor dengan air free. Tapi keselamatan perlu diberi perhatian jugak. Budak2 kena diawasi oleh mak bapak.

Ni la jambatan penghubung kampung mama. Airnya kenmain lagi tinggi. Kalau air sungai ni melimpah sampai ke atas jambatan tu barulah rumah penduduk akan banjir.

Haish diorang ni nak terjun tiruk ke apa. Seriua plak mama nengok. Buatnya tergelincir jatuh dalam sungai tu sia2 jer. Walau apapun mama harap tiada apa2 yang buruk menimpa.

Friday, December 19, 2014

Kenny Rogers

Lunch date with papa kat kenny rogers. Kali ni terjah kenny rogers kat aeon bukit raja. 

Boleh kata decoration semua shoping complex kat sini sekarang bertemakan krismas. Saja la mama menggedixs kat pokok krismas.

Time kami datang ni boleh kata awal jugak. Orang tak ramai lagi. Kiranya breakfast merangkap lunch la ni.

Makyong yang semakin membolat. Lately nafsu makan asyik nak western jer. Ni baby hr yang nak makan ke mama yang mengidam.

Ice lemon tea for both of us. Muffin vanila n pisang.

Kami oder set quarter chicken dengan 3 side dish. Mama amik macaroni cheese, nasi n fruit salad.

Papa plak amik nasi, baked beans n crispy salad. Syukur alhamdulillah, kenyang sampai ke petang.

Thursday, December 18, 2014

Wet Season

La ni bukan setakat negeri2 di pantai timur jer yang berdepan dengan hujan dan banjir.  Kat kl ni pun asyik hujan jer jugak. Puncak alam yang susah nak hujan pun boleh kata setiap hari hujan sekarang ni.

Alhamdulillah, kat sini tak seteruk bencana banjir di kelantan. Tak dapat nak bayangkan macam mana nasib dan keadaan mangsa banjir kat sana. Mama jugak x lena tidur bila mengenangkan nenek dan tok ayah kat kelantan. Setakat ni kampung mama masih terselamat dari banjir. Doa2 semoga banjir tak melanda.

Bila wet season ni masalah utama adalah kain baju tak kering. Bila basuh baju takde tempat nak menjemur. So solution nya gi kedai dobi jer. Kat puncak alam ni ada kedai dobi layan diri Pink Fresh. Lepas basuh baju kat rumah, angkut datang sini untuk dikeringkan

Untuk wash ada 2 pilihan samada 7kg (rm3.50) atau 10kg (rm4.00). Untuk dryer plak samada 10kg (rm3.50) dan 14kg (rm4.00). So better kumpul banyak2 boleh guna yang 14kg terus. Lagi jimat berganda2. 

Setiap basuhan atau pengeringan makan masa 35 minit. Naik bosan gak la menunggu siap. Nak hilangkan bosan, bawakla si bulat ni meneman. Dok layan kerenah dia masa 35 minit tu terasa kejap jer.