Sunday, September 21, 2014

Manjung : Ritz Garden Hotel

Kebiasaannya bila balik teluk intan kami stay dekat hotel grand court teluk intan. Tapi kali ni papa bawa kami ke manjung.

Kami stay dekat hotel ritz garden. Hotel ni agak baru. Ianya adalah bangunan blok kedai yang dijadikan hotel. Kat bawah hotel ada shopping complex, kedai makan.

Disebabkan walk in jer, cuma ada bilik yang satu katil jer. Redha jer la malam ni bersempit empat beranak tidur. Nasib baiklah katilnya saiz king.

Bilik ni didatangkan dengan breakfast sekali. Pilihan makanan banyak juga. Mama tak terambik plak gambar food.

Kami stay satu malam jer. Esok pagi terus check out. Kami jalan2 kat lumut dulu sebelum gerak balik puncak alam.

Rayyans suka jer dapat tidur hotel walaupun kat sini takde swimming pool. Janji dapat tidur hotel.

On da way back, singgah kat satu rnr untuk lunch. Mama dah lupa nama tempatnya. Yang best kat sini makanannya sedap2. Seafood fresh.

Mama cuma ratah lauk jer. Kerang dan udang gebu2. Puas hati mak yong makan.

Saturday, September 20, 2014

Teluk Intan : Menara Condong

Hari ni kami ikut papa balik teluk intan. Saja jalan2 balik tengok padi dan melawat kakak papa. Lagipun papa mengidam nak makan mee rebus mastan ghani.

Kalau balik teluk intan kami prefer ikut jalan lama. Ikut kuala selangor. Mama suka sebab sepanjang jalan ada orang berniaga. Boleh benti beli jagung, jambu, mangga...hehhe..I loike..

Lepas singgah kat kampung, kami ke pekan teluk intan sebab papa nak makan mee rebus tu. Sambil2 tu kami melawat menara condong.

Cuaca panas terik sangat hari ni. Rayyan nak buka mata pun susah. Diorang ni dah laa ada penyakit silau.

Pintu masuk menara. Actually dah banyak kali kami ke sini. Cumanya tak pernah lagi kami datang waktu malam. Mama teringin nak tengok menara ni tukar2 lampu bila malam.

Pernah la bermalam kat teluk intan sebab plan nak tengok lampu. Tapi takde rezeki kami sebab malam tu hujan selebat lebatnya.

Sebelum masuk kita signed guest book dulu. Tanda kami menjejakkan kaki ke menara kebanggaan teluk intan.

Gigih mak buyung yang tengah ngandung 5 bulan ni nak manjat menara.

Mak buyung setakat pusing2 kat tingkat bawah jer. Tak larat nak panjat tangga sampai ke tingkat atas.

Seram mak yong tengok tangga berpusing2 ni. Rayyans siap ada adegan gayat lagi kat atas tangga ni.

Kejap jer kami kat menara sebab rayyans nak merengek lapar. Tadi mak pak jer yang makan mee rebus. Anak nengok jer sebab diorang tak suka.

Langsung kami ke pizza hut. Yang ni confirm rayyans suka makan.

Cuma diorang berdua jer makan. Just order kids meal yang ada pizza small, air soya dan aiskrim untuk diorang.

Mama n papa just order drinks jer sebab kami masih kekenyangan makan mee rebus tadi.

Sebelum makan kita baca doa dulu. Bismillah...

Monday, June 23, 2014

Terengganu : Aziz Satar

Last pitstop, kami singgah di warung satar yang paling popular di Kemaman iaitu Warung Aziz Satar. Warung ni takde kena mengena dengan pelakon aziz satar tu.

Warung Aziz Satar terletak di Kg Geliga, Kuala Kemaman. Kat sini banyak lagi gerai2 yang menjual satar tapi ramai yang review satar kat sini yang paling sedap.

Selain satar, ada lagi makanan lain macam nasi campur, masakan panas dan pelbagai jenis keropok. Fokus utama kami nak makan satar. Jadi food lain kami tak jeling.

Nampak tak berpinggan-pinggan satar kami beli. Sini pakai sistem layan diri. Kena order, tunggu dan amik sendiri kat kaunter pembakaran satar.

Seriously, memang terbukti sedap satarnya. Cukup lengkap rasa manis, masin, pedas. Yang penting isi ikan, bukan campur kelapa or whatsoever. Isi ikan tu pun fresh. Mama pernah terkena makan satar lidah gatal2 sebab ikan tak fresh.

Selain satar, ada jugak otak-otak dan pais. Otak2 tu ok la tapi pais tak kena dengan tekak mama. Rasa sambal tu macam tak masak.

Bagi kakak2 rayyans, ini kali pertama diorang makan satar. So far, takdelah janggal rasanya. Diorang pun suka makan satar ni. Siap tapau lagi bawak balik kl.

Alhamdulillah, lepas mengidam nak makan satar sedap. Lepas ni andaikata balik kampung bolehlah buat2 tersesat ke kemaman, syurga makanan.