Setiap kali balik sg manik mesti lalu menara condong. Walaupun tak berhenti turun melawat, just tengok dari dalam kereta pun cukup la.
Kali ni kebetulan cuaca cantik. Tak panas sangat. Redup sedang elok untuk turun melawat menara. The kids berlatarkan sejarah pembinaan menara condong.
Jom ikut mama explore ke dalam menara condong. Mama pun dah lama tak masuk dalam ni. Mungkin ada perubahan since last time kami datang.
Kat bawah tu konon2 perigi tapi perigi buta takde air. Ada la pulak yang gi baling duit kat dalam tu. Konon2 macam wishing well.
Gambar2 lama pemandangan sekitar menara condong diframekan dan digantung di dinding menara. Boleh jadi rujukan untuk generasi baru.
The kids with papa gigih naik tangga sampai ke tingkat atas. Kalau tak silap mama pelawat boleh naik sampai ke tingkat 5. Tingkat paling atas letaknya tangki air.
Mama gayat tengok tangga ni berpusing2 plus sakit lutut. Maklumlah dah tuwe kan. Tangga pun agak sempit takut orang nak selisih tak muat.
Rasanya ni first time bawa hafiy naik sampai ke atas. Sebelum ni just singgah amik gambar kat depan menara jer.
Tolong selamatkan kami. Kami kena penjara. Dah puas pusing2 bahagian dalam menara, kami pusing bahagian luar pula.
Seram jugak mama nak pijak lantai kayu kat bahagian luar ni. Maklumlah kita ni saiz terlebih comel. Takut patah lantai tu alamaknya tergolek ke bawah macam nangka busuk.
Dah si hafiy siap berlari lompat2 kat atas lantai ni. Bergegar mama rasa. Bila mama larang bukan makan saman si tembam ni.
Kenmain seronok dia boleh pusing2 atas ni. Siap pose suruh mama amik gambar dia. Selalunya dia la paling susah nak amik gambar.
The youngest and the oldest. Dua2 kesayangan mama. Another kesayangan hilang entah ke mana ikut papa turun bawah.
Rupanya abang hadif dah nampak ada clown kat bawah. Cepat2 dia pergi kat clown nak minta belon. Mama rasa clown tu orang asli.
Tapi belon ni bukan free. Rm1 untuk design yang guna 1 belon dan rm2 untuk design guna 2 belon. Kita bayar untuk servis dia seikhlas hati.
Duit pun dia tak amik dengan tangan sendiri. Dia suruh kami masukkan dalam bakul belon. At least dia bekerja mencari rezeki yang halal. Daripada melepak menyusahkan mak bapak baiklah cari rezeki halal macam ni.
Lepas tu berposing sakanlah kami dekat menara condong. Masa ni tak ada pelawat lagi. Jadi seronok amik gambar tanpa gangguan kat belakang.
Anak2 pula memberi kerjasama sepenuhnya especially hafiy. Hafiy ni spesis tak mesra kamera. Paling susah nak amik gambar dia yang betul2 proper.
Macam2 pose kami tetapi tak lengkap tanpa papa. Papa kena jadi photographer jadi tak ada la muka papa dalam gambar.
Tetiba ada satu chinese couple offer diri nak amik gambar kami sekeluarga. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Kami apa lagi terusla setuju.
Gambar dekat, jauh macam2 dia suruh kami pose. Inilah malaysian yang sebenarnya. Peramah tak mengira warna kulit. Many thanks to that couple yang selepas tu boleh dok borak ngan papa macam dah lama kenal.
Us with mercu tanda kebanggaan rakyat teluk intan termasuklah papa anak jati teluk intan.
Tak dapat mematri janji cinta kat eifel tower, kita bercinta kat menara condong pun mama dah cukup gembira. Asalkan papa dan anak2 sentiasa ada di sisi mama.
No comments:
Post a Comment