After check in lepak2 jer kat bilik. Dari lobi nak ke chalet kami boleh tahan jauh gak. Kalau nak jalan kaki memang nangis.
Boleh pilih samada nak parking kat lobi then minta buggy hantarkan. Kami just drive jer sampai ke bilik. Ikut anak2 diorang suka la kalau dapat naik buggy.
Kami dapat bilik berdekatan dengan pool. Bilik kami kat tingkat atas. Kena menapak naik tangga la sikit. Apadehal.
Bilik luaaaaassss sangat. Siap dengan beranda beserta meja kopi mengadap pool. Berbaloi baloi. Memang puas hati mek.
Masa booking dapat bilik katil twin single tapi masa check in depa upgrade dapat katil queen double. Alhamdulillah.
Kalau family besar boleh bentang toto. Dahla ada dua katil queen, siap ada sofa bed skali. So malam ni semua orang dapat tidur dengan selesa.
Perabot semuanya berasaskan kayu jati. Antik. Design katil tu memang unik. Hafiy dok meniti kat part takde tilam pastu siap nyorok bawah katil.
Tv plak ada la few channel astro. Cuma waktu petang hujan lebat gila, dekat dua jam tv takde siaran. Bosan sebab handfon anak2 tgok utube. So mama amik peluang untuk zzzzz.
Bilik air puas hati. Cantik dan bersih. Mama suka tiles dinding n lantai. Ala2 kaler rustic. Cam berlumut jer.
Pantry betul2 kat pintu masuk. Ada cerek dan coffee facility. Peti sejuk juga ada disediakan. Setakat nak masak maggi bolehla. Kalau nak masak nasi goreng bagai memang tak dapatla.
Sejuk jer dok sini sebab di kelilingi pokok menghijau. Cuma satu jer yang tak best, nyamuk banyak gila. Kat bilik ada disediakan ridsect.
No comments:
Post a Comment