Friday, January 9, 2015

Nando's

Actually mama berada dalam fasa debaran, menunggu kelahiran baby HR. Appointment dengan hospital sg buloh minggu depan. Keputusan tarikh bersalin akan dapat diketahui nanti.

Hari ni hari terakhir mama bekerja. Minggu depan dah start cuti. Walaupun tengah sarat, tanggungjawab sebagai seorang pekerja tetap dijalankan. Pagi ni sempat lagi menghadirkan diri ke meeting OSC kat klang.

Setakat meeting mama larat lagi nak attend. Cuma site inspection jer dah tak pergi. Tak larat nak jalan check sewerline. Inspection tu mama serah dekat rakan sekerja yang lain.

Habis meeting mama singgah aeon bukit raja. Tekak mengidam nak makan nandos. Nasib baiklah ari jumaat lunch hour panjang skit. Bolehla lepas gian. Nanti dah bersalin berangan la nak makan benda2 ni semua.

Mama amik set full plater. Ada 1 whole ayam dan 4 jenis side dishes... nasi mediterranean, garlic bread, salad dan jagung bakar. 

Whole chicken dalam erti kata lain sekor ayam. Ni memang betul melantak sampai sekor ayam makan berdua. Hahaha... Sos mild peri peri jer yang mama mampu makan. Kalau hot peri peri tu takut cherry berry nanti.

Senyum ya makyong dapat makan. Pasni merasalah hidu bau jer. Huhuhu... masa beranakkan rayyans dulu mama mampu pantang 100 hari. Kali ni tak tau la mampu bertahan ke tidak. Wish me luck...

No comments:

Post a Comment