Lokasi Kg kraftangan dan istana jahar dekat jer antara satu sama lain. Walking distance sahaja.
Kalau kata nak pergi visit istana jahar, sekali harung ke kg kraftangan.
Pintu masuk ke kg kraftangan. Kat sini tak perlu beli tiket. Masuk adalah FOC.
Berdepan dengan kg kraftangan adalah muzium diraja. Muzium ni bewarna kuning sempena warna diraja.
Kat dalam ni banyak gerai2 yang jual barangan kraftangan. Kalau nak beli keychain dan fridge magnet murah2 boleh beli kat sini.
Unik sangat buai yang dibuat dari kayu2 terbuang ni. Walaupun kayu terbuang tapi cukup kuat untuk menampung berat paksu mat.
Main building kat dalam kg kraftangan yang menempatkan muzium kraf. Kat bawah bangunan plak ada restoran nasi ulam.
Take 5. Bila bawa orang tua dan budak2 berjalan kena santai jer. Lagipun nenek sakit lutut tak boleh berdiri lama2.
Another take 5. Layan aiskrim pulak. Selepas habis pusing kat kg kraftangan ni kami gi makan kat restoran nasi ulam cikgu.
No comments:
Post a Comment