Kali ni kami jadi pelancong kat negeri sendiri. Nama jer orang kelantan tapi tak pernah jejak kaki kat tempat2 tumpuan pelancong kat kb ni. Maklumlah kalau balik kampung ada jer aktiviti nak buat.
Kat belakang tu adalah mercu tanda negeri kelantan. Masa ni kelantan agak panas. Kalau kami balik the next weeknya mesti best sebab suhu rendah. Boleh fefeling kat london gitu.
Masa ni baru pukul 10 pagi tapi dia punya terik sampaikan rayyans tak boleh buka mata silau. Tu yang nak berdukung jer tu. Nasib baiklah paksu mat ada tukang back up. Kalau harap mama jer nak dukung mau patah pinggang.
Lokasi pertama kami singgah adalah di istana jahar iaitu muzium adat istiadat diraja kelantan.
Sebelum masuk kena beli tiket dulu. Harga tiket rm2 untuk dewasa dan rm1 untuk kanak2. Rayyans masih FOC.
Ini adalah bangunan utama istana jahar. Kat sebelah tepi istana ada lagi satu bangunan yang dinamakan muzium perang.
Jom kita tengok apa yang ada dalam istana jahar ni.

Pelamin untuk istiadat persandingan anak2 raja.
Barang barang untuk istiadat pertunangan.
Ini plak peralatan untuk majlis pernikahan kalau tak silap mama.
Antara barangan tembaga yang dipamerkan.
Barang perhiasan dari emas yang pernah dipakai oleh kerabat diraja. Design gelang dan gelang kaki yang dipamerkan memang design dolu dolu.
Inipun sebahagian dari barang kemas yang dipamerkan. Terkunci rapi dalan almari. Actually tak boleh amik gambar kat dalam ni. Tapi mama curi2 amik gambar. Heheheheh.
Istana jahar ada dua tingkat. Naik guna tangga sebelah kiri. Turun guna tangga yang ini. Mama tak naik pun tingkat atas sebab tengok tangga cam tinggi jer pusing2.
Tingkat atas. Paksu mat cakap kat ruangan atas ni lebih kurang tingkat bawah jer. Ada pameran barang2 kemas dan peralatan diraja.
Si bulat ni tak semena mena suh mama amik gambar dia kat sini.
Tak cukup gambar sorang2 diajaknya paksu mat n hazim bergambar sekali.
Kat halaman istana pula ada panca persada. Panca persada merupakan tempat putera atau puteri membersihkan diri dan bersiram bagi istiadat berkhatan dan perkahwinan.
Panca persada dibina tidak jauh dari perigi dalam kawasan istana untuk memudahkan mengangkut air. Panca persada dibina menggunakan struktur kayu berbentuk enam segi, tiga tingkat dan terdapat anak tangga untuk naik ke atas bagi upacara persiraman.
Perigi yang terdapat berdekatan dengan panca persada. Perigi ini digali serentak dengan pembinaan istana jahar pada 1887 untuk kegunaan istana. Perigi ini dibaikpulih serentak dengan kerja2 pengubahsuaian istana jahar untuk dijadikan muzium adat istiadat diraja kelantan pada 1992.

No comments:
Post a Comment