Unplanned trip. Tetiba papa cakap nak jalan-jalan kat Cameron Highlands. Pastu nak bawa kesemua anak-anak dia sekali. Huish..biar betul papa ni. Ada ke hotel last-last minit ni. Nasib kami baik, hari jumaat dapat booked hotel. Malangnya, kami tak dapat duduk kat satu hotel coz hotelnya dan fully booked.
Rayyans ni bila dengar nak berjalan, mulalah tak senang duduk. Pukul 8 pagi dah ready nak keluar dari rumah. Kami ke sungai buloh dulu, amik angah. Trip kali ni terdiri daripada mama, papa, Rayyan, along, angah, dayah, tilah n ayein. Cuma memer sorang jer yang tak dapat ikut.
Gerak dari sungai buloh pukul 10 pagi. Tiba kat Cameron Highlands pukul 2 petang. Ngam-ngam terus check in kat Hotel Iris House. Hotel ni tengah buat renovation rupanya. Receptionist kat basement. Lift pun berdinding kayu jer.
Kami amik satu bilik yang ada satu katil queen dan 2 katil single. Kakak-kakak Rayyans dan abang diorang akan stay kat sini. Disebabkan hotel ni tengah buat renovation, siaran tv takde. Harga untuk satu malam adalah RM299.
Kali ni cadar yang digunakan putih bersih. Berbeza dengan cadar masa kitorang datang last year. Maybe ni cadar baru kot. Mama lagi suka diorang guna cadar putih dari cadar bunga-bunga yang dah kusam.
Selesai urusan check in kat Iris House Hotel, kami ke Hotel Jasmine pula untuk check in bilik kami. Distance dari Iris House dengan Hotel Jasmine ni dekat jer. Boleh jalan kaki. Ni kali pertama kami stay kat hotel ni. Rasanya taraf 2/3 bintang jer.
Kami amik bilik yang ada dua katil queen. Masuk-masuk, nampak cadar bunga yang dah kusam. Memang sedikit frust disitu. Pastu bilik dia agak sempit. Muat-muat satu badan jer lorong kat depan katil tu.
Harga bilik ni RM199. Beza seratus ringgit dengan Iris House. Nak komplen lebih-lebih pun, setara la servis dengan harga bilik kan. Kalau nak hotel cantik kena bayar mahal la. Mama prefer Iris House tapi apakan daya bilik sudah penuh.
Selesai check in, relax kejap kami keluar cari lunch. Masing-masing dah tahap kebulur. Nak-nak dok Cameron, perut cepat jer terasa lapar. Kami lunch kat restoran nasi kandar bawah hotel kami jer.
Nasib baik takde customer lain. Maklumlah kami lunch ni dah pukul 3. Dah lepas time lunch. Kami tak perlu tunggu lama. Masing-masing order masakan panas-panas.
Si Rayyans ni bila jumpa kakak-kakak diorang, benda feveret adalah main tablet kakak. Kenmain kusyuk diorang main game kat tablet. Kira ok juga, coz diorang tak meragam. Dapatlah kami makan dengan tenang. Diorang pun makan laju jer bersuap. Lepas lunch, kami ke Big Red Strawberry Farm.
No comments:
Post a Comment