Balik dari nursery tadi, Rayyans tertidur. Sementara diorang tidur mama masakkan sagu gula merah untuk minum petang. Di kala cuaca panas ni tekak teringin benda-benda yang sejuk saja.
Sagu tu bila dah masak, mama sejukkan dalam peti ais dulu. Pastu cairkan manisan Kelantan, tuang atas sagu. Then santan mama gantikan dengan susu penuh krim.
Bila anak-anak bangun tengok ada 'aiskrim' kat atas meja, kenmain seronok diorang. Comelkan bekas ni. Actually bekas tu memang bekas aiskrim asalnya. Lepas Rayyans makan aiskrim, mama basuh bekas tu, simpan. Time-time masak camni bolehla direcycle.
Selepas tea time, barulah sambung aktiviti berkebun yang tergendala pagi tadi. Bunga-bunga yang mama beli ni dah selamat transfer ke pasu lebih besar.
Bunga kuning dijadikan kawan kepada bunga pink yang mama beli kat Cameron. Bunga ros ni pun tengah rancah berbunga sekarang ni. Seronok mama tengok.
Pokok kacang bendi plak ditransfer ke atas tanah. Bagi ruang untuk akar dia merebak. Haaa ko, siap berpagar lagi tu. Harap-harap hidupla pokok ni sampai mengeluarkan hasil.
Walaupun tiada serangga perosak, tapi makhluk perosak 2 ketul ni yang lagi bahaya. Dah banyak kali diorang cabut anak benih yang papa semai. Nak kena titik tangan ni.
No comments:
Post a Comment