Sunday, January 13, 2013

Lazy Sunday

Sunday jer yang lazy but not me. Subuh tadi hujan...lepas subuh mama tidur balik. Pukul 7 bangun, masakkan breakfast. Lama tak makan mee goreng air tangan sendiri. So pagi ni masa anak-anak n lakik masih lena dibuai mimpi, mama berkelentung kelentang kat dapur sorang-sorang.

Dah siap masak, tunggu anak-anak n lakik tak jugak bangun-bangun. Tidur mam*** ke apa diorang ni? Papa logikla, coz malam tadi stay up sampai 2 pagi tengok bola. Rayyans? Buat mama konpius jer. Diorang mana pernah bangun lambat. Maybe sebab suasana yang dingin selepas hujan kot. Malas nak kejut diorang, mama layan breakfast sorang-sorang sambil tengok tv. Menu breakfast: Mee goreng, telur mata dan nescafe. Syok!
Mama habis breakfastpun diorang tak bangun-bangun gak lagi. Tetiba teringat buah mangga yang papa kidnap kat kampung masa balik last month. Time tu buahnya muda lagi. Balik sini papa balut dengan sokkabar.
Pas makan mee goreng, layan plak mangga masak yang manis ni. Ahhh...nikmatnya. Mangga ini ana yang punya.
Inilah pokok mangga nenek kat kampung. Pokok kecik jer tapi buah lebat. Rezeki kami balik kampung musim hujan. 3 hero bangun pukul 10 pagi. Mama dah nak masak untuk lunch baru diorang bangkit. 

Menu lunch: Ayam goreng berempah, kari kentang, sayur brokoli dan bunga kubis beserta sambal belacan. Lepas lunch, the two sambung tidur balik.

Tea time: Makan keropok jejari sudah. Cicah sos pencicah made in Kelantan. 

Anak bangun tidur terus join sekaki. Hari ni kerjanya makan tidur jer. Cuaca plak mendung jer sepanjang hari. Lagila bertambah lapar. 
 
Menu dinner: Buttered fried rice, grilled chicken dan brokoli dan carrot rebus. Pas dinner membuta lagi. Seronok betul main masak-masak wiken ni. Almaklumlah, lama tak jejak dapur.

No comments:

Post a Comment