Esok ada jemputan birthday party cucu sedara papa. Jadi papa request mama masakkan something untuk dibawa ke majlis tu nanti. Takdelah kami datang berlenggang kosong jer. Then mama decide nak buat cheese tart. Ni kira 1st time buat cheese tart ni. Buatnya memanglah leceh sebab nak kena buat tart shell dulu. Tapi bila pikir balik, tart ni dikira finger food. Jadi senang untuk dimakan. Ngap semulut sekali telan jer.
So petang ni mama buat tart shell jer dulu. Esok pagi baru mama buat dia punya topping plak. Resepi Tart Shell ni mama refer kat blog Azita Zain.
Bahan - bahan :
170 gm majerin
50 gm gula icing
1 biji telur gred C
1 sudu teh asen vanilla
290 gm tepung gandum
170 gm majerin
50 gm gula icing
1 biji telur gred C
1 sudu teh asen vanilla
290 gm tepung gandum
Cara - cara :
Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu (Mama guna balloon whisker). Jangan lama sangat.
Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu (Mama guna balloon whisker). Jangan lama sangat.
Masukkan telur dan asen vanilla. Pukul lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Kemaskan doh di dalam acuan tart dan potong lebihan doh dengan pisau di bahagian tepi-tepi acuan tart(petty tin). Cucuk dasar doh dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170C sehingga masak (Mama bakar selama 15 minit sehingga doh bertukar menjadi warna perang menggunakan api atas dan bawah).
Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara sekiranya tidak digunakan terus.
Nota :
Jika menggunakan telur gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi terlalu keras.
No comments:
Post a Comment