Dua tahun lepas, jam 12.04 dan 12.05 pagi mama selamat melahirkan Rayyans melalui pembedahan. Masih segar diingatan momen-momen menyambut kelahiran Rayyans. Hari untuk mama membuat rutin check up bertukar menjadi hari mama melahirkan Rayyans. Sungguh indah pengalaman menjadi seorang ibu. Lebih-lebih lagi ibu kepada bayi kembar Hazim Rayyan dan Hadif Rayyan.
Kini, Hazim & Hadif dah berusia 2 tahun..sungguh cepat masa berlalu. Dari seberat 2kg sekarang dah 11kg. Dari sepanjang 40cm sekarang dah 80cm. Dari pangkuan, meniarap, menjalar, merangkak, bertatih, berjalan, kini dah berlari. Dari menangis, kini dah bercakap. Semua proses tu cukup membahagiakan mama sebagai seorang ibu. Selamat hari lahir mama ucapkan untuk anak-anak kesayangan mama. Mama sayang Hazim & Hadif.
Rayyans dapat hadiah tricycle daripada mama dan papa.
Hazim tengah testing basikal baru.
Hadif check side mirror
Betulkan side mirror
Testing hon bunyi ke tak
Mama seronok bila tengok anak-anak gembira dapat hadiah birthday. Cuma tahun ni tak ada birthday celebration macam tahun lepas. Maklumla, birthday Rayyans tahun ni jatuh pada bulan puasa..tak dapekla nak wat birthday party gitu. Tapi, insyaallah kita akan celebrate kecil-kecilan dengan family terdekat sahaja..
No comments:
Post a Comment