Saturday, January 30, 2016

Wedding Dejah

Hari ni kami memeriahkan kenduri kahwin dejah kat banting. Dejah ni opismate mama.

Actually ni majlis sebelah pihak lelaki. Masa majlis sebelah pihak perempuan mama tak dapat pergi sebab majlisnya kat johor. Jauh kami nak gi.

Cuma kami berempat yang dapat menghadirkan diri. Kak lin, wani dan nisa datang satu kereta. Pastu set time jumpa diorang kat tempat kenduri terus.

Dah kurang ahli grup 4 dara. Dejah, nisa, lala dan wani adalah awek2 single kat opis mama. Now dejah dah kahwin. Next bakal menyusul si lala pula.

Cuma tinggal wani dan nisa jer nanti. Itupun mama rasa tak lama diorang pun akan meninggalkan grup 4 dara jugak. Soon, boleh tubuhkan grup 4 ma dara pula. 

Kak lin ni umpama kakak2 pada semua orang. Kak lin merupakan staf lama kat opis. Penuh experience. Menjadi tempat rujukan untuk kami2 bdk baru.

Buat dejah, selamat pengantin baru kami ucapkan. Semoga perkahwinan yang dibina bahagia hingga ke akhir hayat. Selamat menempuh alam rumahtangga.

Wednesday, January 27, 2016

Cubic World

Mama jarang2 ada kat opis sebab bz dengan meeting dan site inspection. Bila mama ada kat opis, maka terjadilah plan nak makan sedap.

Wani dan lala jiran mama kat opis. Cubical kami sebelah menyebelah jer. Diorang berdua clerical staf. Memang selalu ada jer kat opis.

Kebetulan nisa pun ada hari ni. Lagi ramai la corum. Bertambah meriah meja kami.

Mama amik set nasi goreng tomyam dengan crispy chicken. Ayam tu sedap la cuma nasi goreng tak berasa tomyamnya.

Wani order chicken chop with blackpepper sauce.

Menu leha sama dengan wani. Menu yang lain tak sempat nak snap sebab masing2 dah ngap.

Tuesday, January 26, 2016

Happy Birthday Hafiy Rayhan

Happy birthday buat anak mama yang tersayang, hafiy rayhan. Hari ini, cukup setahun hafiy mengenali dunia.

Mama bangga melahirkan dan menjadi ibu hafiy. Hafiy anak yang baik. Tidak banyak kerenah. Hafiy anak yang menyenangkan hati mama.

Lahirmu selepas 6 tahun mama melahirkan abang2 mu. Banyak usaha yang mama lakukan untuk mendapatkan mu sayang. 

Kamulah salah satu hero di hati mama, disamping papa dan juga abang2 mu.

2 biji mini kek di hari lahir buatmu sayang. Kek hasil pilihan abang2 mu.

Sempena hari lahirmu, mama doakan hafiy sentiasa di bawah rahmat Allah. Semoga hafiy membesar menjadi anak yang soleh, menyenangkan hati mama dan papa.

Monday, January 25, 2016

Menara Condong

Tak lengkap kunjungan ke teluk intan kalau tak melawat mercu tandanya iaitu menara condong.

Sunyi sikit kat menara hari ni. Selalunya kalau time cuti akan ada khemah jualan kat sini.

Kami tak naik atas pun sebab kejar masa nak balik sg manik. Lagipun nak naik atas sambil dukung hafiy mau patah pinggang mak.

Tak cukup melawat waktu siang, waktu malam pun kami terjah juga. Malam lebih happening. Ada orang dok main buih sabun, roller blade.

View keseluruhan menara di waktu malam. Sebelum ni mama datang warna lampu tu akan tukar2. Tapi kali ni dok warna merah jer tak tukar2.

Before balik anak bujang request nak gi menara lagi. Dah dua kali datang sebelum ni tak cukup2 lagi.

Kali ni diorang menjelajah sampai le atas menara. Mama tak ikut sebab dah pernah naik sebelum ni.

Macam2 la sikembar mama ni. Makin besar makin pandai bergaya. Nasiblah papa rajin nak melayan korang.

Kenmain lagi si hadif dok menari tango kat tangga. Jatuh tergolek baru kau tau tangga ni tinggi ke rendah.

D'Tepian Sungai

Pagi ni mencari breakfast dekat area tepi sungai perak. Kat sini ada jeti kecil untuk nelayan menangkap ikan.

Kami sempat menjengah ke jeti. Mana tau kot2 ada ikan baru naik. Boleh la dapat harga best deal.

Luas betul sungai perak ni. Arus dia pun boleh tahan laju. Kalau terjatuh ni memang hanyut la jawabnya.

Jeti ni mengadap matahari naik. Tak sesuai sangat nak melepak kat sini waktu pagi sebab panas dan silau.

Tapi kalau datang sebelah petang mama rasa lagi best sebab boleh tengok sunset. Cuaca pun pasti dah redup.

Check Out @ Angsoka Hotel

After 3d2n kat angsoka hotel, tiba masa untuk kami kembali ke pangkal jalan. 

Kami terus check out pagi2 sebab nak jimat masa. Malas nak patah balik ke hotel after breakfast.

Kat depan parking hotel ada lukisan2 3D. Semalam dok keluar masuk hotel tak sempat nak bergambar. Sebelum balik ni kita pose2 la dulu.

Macam2 gaya si rayyans ni. Muka mengada2 taknak pandang kamera sebab silau matahari. 

Gambar menara condong, mercu tanda bandar teluk intan. Antara tempat yang wajib dilawat jika ke teluk intan.

Gorilla? Mampu ke dua kenit ni menyelamatkan si baju putih dari gorilla? Silap2 diorang yang lari menyelamatkan diri dulu.

Cepat lari selamatkan diri. Nanti kena langgar. Kat bawah tu ada tayar kereta yang tercabut. Tapi sebab ruang terhad, kat depan ada longkang, tak dapat nak pose betul2.

Oopss..dinding dah pecah kena langgar dengan gajah. Nampak tak longkang depan tu. Masa tengah pose ni hazim dah terjatuh dalam longkang yang penuh air.

Sunday, January 24, 2016

Kellie's Castle

Stay kat kampung papa sampai tengahari. Pastu dah tak tau nak gi mana. Mama teringat papa pernah bawa mama ke kompleks sejarah pasir salak.

So decide bawa budak2 ke sini. Biar diorang kenal sejarah sikit. Masa mama gi dulu banyak alat2 sejarah macam keris, duit lama ada dipamerkan kat situ.

Tapi bila sampai sana frust yang teramat. Kompleks tu tutup pula. Kata orang situ dah lama tutup. Katanya nak buat kerja penyelenggaraan tapi sampai sudah tak buka2. Sayang rasanya kalau tempat bersejarah tu berkubur camtu jer.

Then we decided pergi kellie's castle pulak. Dah 10 tahun kot kami tak datang sini. Dah banyak dah berubah tempat ni. Dulu yang ada semata2 istana tu jer.

Sekarang dah ada cafe dan landscape yang menarik. Yang tak best, nak masuk sini dah dikenakan tiket parking dan entrance fee. Dulu mama masuk foc jer.

Maybe bila ada entrance fee ni adalah sikit dana untuk pihak pengurusan menjalankan kerja2 maintenance.

Masa kami sampai memang tengah panas terik. Papa malas nak jalan naik sampai ke atas dengan mendukung hafiy. Jadi kami lepak2 makan minum kat cafe jer.

Kat dinding cafe ada sejarah pasal pembinaan kellis castle. Inilah dia mr kellies tu yang membina istana untuk isteri tercinta. Tapi sayangnya, beliau meninggal sebelum sempat menyiapkan keseluruhan istana.

Selain tu ada jugak gerai2 yang jual barang cenderamata kat sini. Sempatla mama beli fridge magnet untuk tambah koleksi yang sedia ada.

Mama suka sangat dekorasi restoran ni. Dekorasi ala english style. Kena dengan taste mama.

Kejap jer lepak sini sebab tak tahan cuaca teramatlah panas. Pastu rayyans plak dok ajak balik. Diorang tu bukan apa, nak balik cepat sebab nak mandi pool.

Kellie's castle dari kejauhan. Penuh misteri. Terbinanya hasil cinta seorang suami kepada isteri. Umpama kisah cinta taj mahal.

Sg Manik

Kampung papa kat parit 13, sg manik. Kebanyakkan orang kat sini bekerja sebagai pesawah. Tanah pusaka family papa disewakan kepada orang kampung untuk diusahakan. Papa adik beradik serta anak buah sepakat upah orang untuk bersihkan tapak rumah yang makin menebal semak samun. 

Epul, anak sedara papa yang ditugaskan untuk menguruskan kerja2 pembersihan. Kebetulan pula masa kami balik orang yang diupah untuk bersihkan tapak rumah tengah buat kerja. Diorang siap guna jentolak untuk ratakan seluruh tapak rumah. 

Rumah pusaka dah lama runtuh sebab takde siapa yang tinggal kat sini. Yang ada cuma pokok pokok kelapa yang tengah berbuah. Pekerja tu kaitkan buah kelapa muda untuk kami.

Alhamdulillah, ada rezeki kami dapat merasa air kelapa muda. Nyaman tekak bila minum air kelapa dikala cuaca yang panas terik.

Lepas tinjau kerja2 pembersihan, kami gerak ke rumah kak safiah. Lagi sekali kami bernasib baik sebab masa tu kak safiah tengah tolak motor nak keluar. Kalau tak, tak dapat la kami nak jumpa kak safiah. Kak safiah ni kakak papa, satu satunya yang menetap kat kampung. Umur dah 60an tapi masih gagah tunggang motor.

Bila papa sibuk bersembang2 dengan kak safiah, these two pun sibuk jugak menyapu laman rumah. Budak2 jakun tak pernah tengok penyapu lidi. Cuma kali ni kami balik takde musim buah. Kat rumah kak safiah ada pokok rambutan, jambu dan mangga. Kalau musim, memang lebat sangat buahnya. 

Kalau balik kampung tak sah kalau tak bergambar kat tangga tradisiona ni. Sekarang susah dah nak jumpa tangga2 yang didekorate macam ni.

Us with kak safiah. Hafiy asyik pandang jer makcik piah. Kiranya ini la kali pertama hafiy balik kampung papa dan jumpa makcik safiah.